Wednesday, October 20, 2010

Green exhibition

Minggu lepas kami sekeluarga pegi ke KLCC sebab nak pegi tgk exhibition green produk. Ini akan jadi international exhibition pertama untuk Atif. Seronok sangat dia, berlari sini sana dapat la mama n ayah dia bersenam skit. Banyak produk yang kami tgk tapi sebagaimana biasa kos untuk acquire dan operational mmg tinggi, tambah lak tariff kita rendah. So itu la sebab org kita tak peka sangat.
 lepas penat lari jumpa lak stage nih...kejap naik partu turun,naik, turun
Seronok sangat dapat pegi KLCC. On the way balik ke parking  Nampak la pool untuk budak mandi. Atif dah tunjuk dari jauh dah, so baju lebih pun ada masuk je la. Kalau tak sure menjerit.
Tarik mama ajak mandi sekali

model TNB? Proton?

Tak lama kat pool sebab dah tengahari sangat. Naik je terus menjerit kami buat tak tau je terus belah, kalau diikutkan mau sampai petang baru nak naik. Anyway banyak maklumat yang kami dapat untuk dikongsikan bersama terutama dalam EE energy efficiency.
1.       Lakukan Audit tenaga di rumah. Ini dapat menjamin system pendawaian yang betul di rumah dan pejabat.
2.       kompresor mesti dibersihkan, gunakan hos getah (pastikan bekalan elektrik telahpun dimatikan). Pastikan tumbuhan berada 1 kaki daripada kompresor.
3.       Tutup lampu pada waktu siang.
4.       Bagi rumah yang mempunyai tanah, tanam pokok-pokok untuk teduhan. Teduhan daripada pokok-pokok dapat mengurangkan kesan pemanasan kepada rumah.
5.       Gunakan kipas siling untuk aliran udara. Pengurangan dalam penggunaan tenaga. Aliran udara semulajadi juga boleh digunakan.
6.       Set kipas pada penghawa dingin kepada “ON” daripada “AUTO”. Pengaliran udara yang sekata dapat mengstabilkan suhu udara dalam bilik.
7.       Adalah penting untuk membeli alat penghawa yang bersaiz betul untuk kegunaan. Unit yang besar akan menggunakan lebih banyak tenaga dan tutup/buka secara kerap.
8.       Setkan suhu penghawa dingin di antara 24°C hingga 26°C, rendah  (24°C) semasa cuaca panas dan tinggi (26°C) pada musim hujan. Gunakan aliran udara semulajadi di mana mungkin.
9.       Suhu pemanas air boleh ditetapkan di antara rendah dan sederhana untuk menjimatkan tenaga.
10.   Gunakan penyembur air yang jimat air, air yang kurang bermakna penggunaan tenaga yang kurang.
11.   Perbaiki paip yang bocor, terutamanya jika melibatkan perkakas air panas.
12.   Mandi adalah lebih baik daripada merendam dalam tub mandian. Lebih banyak air panas digunakan lebih banyak pembaziran tenaga.
13.   Peralatan dapur yang kecil membantu mengurangkan penggunaan tenaga. Terdapat peralatan yang mengguna 75% tenaga kurang daripada oven yang besar.
14.   Koil peti sejuk mesti di vakum sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk memastikan kompresor berfungsi dengan baik.
15.   30% udara sejuk akan terlepas setiap kali pintu peti sejuk di buka. Keadaan yang sama untuk oven.
16.   Jangan melebihi muatan peti sejuk, udara sejuk perlu mengalir dengan bebas untuk memastikan makanan di simpan pada suhu yang betul.
17.   Letakkan peti sejuk supaya pintunya akan tutup secara automatik apabila dibiarkan terbuka. Ini akan mengelakkan pembaziran tenaga.
18.   Magnet pintu peti sejuk mesti diperiksa. Letakkan duit Satu Ringgit dan tutup pintu. Jika duit kertas ini boleh di tarik, anda perlu menukar magnet ini (gasket).
19.   Gunakan kemudahan cuci sendiri oven sejurus selepas memasak, apabila oven masih panas. Ini mengelakkan mesa yang panjang untuk pemanasan semula.
20.   Tutup periuk atau kuali untuk mengurangkan masa memasak, dan letakkan periuk atau kuali mengikut saiz pembakar.
21.   Cuci pakaian dalam muatan penuh. Pastikan aras air di set pada aras yang betul.
22.   Sentiasa gunakan air sejuk untuk mencuci pakaian, air panas hanya perlu digunakan untuk pakaian yang terlalu kotor sahaja.
23.   Elakkan penggunaan pengering pada hari yang cerah, kita dikurniakan dengan cahaya matahari yang banyak. Ultraviolet daripada cahaya matahari membunuh kuman.
24.   Lampu floresen kompak menggunakan 75% tenaga kurang daripada lampu floresen biasa dan mempunyai jangka hayat 10 kali juga. Penukaran kepada lampu ini, menjimatkan tenaga juga.
25.   Tutup lampu dan peralatan elektrik apabila bilik atau kawasan tertentu tidak digunakan.
26.   Bersihkan lampu dengan kerap. Lapisan habuk boleh melitupi sehingga 50% pengeluaran tenaga.
27.   Warna yang cerah memantul lebih banyak cahaya. Merancang perhiasan dalaman rumah dan pejabat boleh membantu penjimatan tenaga.
28.   Keluarkan plug bagi peralatan elektrik yang tidak digunakan. Kebanyakan peralatan ini, terutamanya komputer, TV dan VCR mengambil tenaga elektrik walaupun suisnya telah ditutup.






Saturday, October 16, 2010

perihal nama nur awatif

Kali ini kami ceritakan akan asal nama puteri kami ini. Nur Awatif bt. Muzamir Izham. Seperti mana ibubapa yang lain memang pemilihan nama puteri kami telah melalui perubahan, penambahbaikan, pengubahsuaian dan lain-lain lagi. Nur yang bermaksud cahaya diambil sempena nama mamanya, biar banyak nur di rumah terang sikit. Awatif bermaksud kasih atau mengasihi kerana apabila kami telah mempunyai anak sendiri, barulah kami tahu sedalam mana kasih dan sayang ibubapa terhadap kami berdua. Banyak betul kesalahan kami terhadap keduanya. Kehadiran cahaya mata mengajar kami kesilapan lalu.

Ok...berbalik kepada nama ini, terdapat tiga nama asalnya, yang pertama nur..apetah quratulaini. Mama yang nak nama nie tapi ditolak kerana panjang sangat, takut susah nak isi borang OMR nnt. lepas tu yang kedua Nur shifa...cahaya penawar kalau tak salah. mama cakap macam sama dengan maksu dia pulak.Last sekali keluar la nama Nur A'aina Awatif. Nama ini seolah-olah serasi dengannya. Nenek Atif bagitau dia cadangkan nama Awatif kepaada kami semasa kami minta cadangan nama. Kami senyum sebab ada dalam pilihan nama kami, katanya sama nama dengan seorang anak kenalan di Mekah. Kami putuskan untuk simplekan nama anak kami kerana A'aina dan aina ada dua sebutan yang maksudnya berbeza. Bahasa arab lidah melayu, tau aja la. A'aina bermaksud mata, aina...mana. lagipun jabatan pendaftaran tak bagi letak tanda ' . yang peliknya, kami tak pernah terfikir cadangan nama untuk anak lelaki. kalau tak jenuh la nak fikir.anyway ada orang yang kata apa ada pada nama, bagi kami itulah doa kami kepada anak kami, harapan kami insyaallah puteri kami akan menjadi insan solehah sebaik namanya. Ya allah perkenankan permintaanku...Amin

Friday, October 15, 2010

Satu permulaan perjalanan yang panjang

Assalamualaikum,
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Setelah sekian lama memerhati, menimbangkan segalanya, mama dan ayah sepakat untuk membuka satu blog atas inspirasi anak kami Nur Awatif. Blog ini hanyalah satu catatan perjalanan kami sekeluarga dalam menempuhi cabaran hidup berkeluarga. Ayah dan Mama bukanlah "tech savvy" tetapi atas kesedaran dan tidak mahuu ketinggalan dalam era ICT maka terpaksalah mencuba untuk bersama menyusuri laman maya untuk pastikan  Atif tak ketinggalan nanti. Insyaallah kita akan harungi segalanya bersama. Amin