Wednesday, August 24, 2011

Ramadhan 1432

Assalamualaikum
Salam ramadhan..
Malam ni dah masuk 25 ramadhan, dah hampir habis ramadhan tahun ini. Biasanya waktu sebegini dah selalu pasang lagu raya, dah mula jenguk jalan TAR. Tapi tahun ini rasa lain macam skit. Tak tahu kenapa tapi sehingga ke hari ini satu apa persiapan raya tak beli lagi. Nak kata tak berduit, dah dapat bonus (kerajaan bagi). Gaji pun dah masuk, tapi entah kenapa tak terasa pun macam nak beraya. Maybe dah tua kot. Buka facebook macam macam status kawan-kawan, ada yang cerita pasal kuih, ada yang cerita pasal baju raya sepasang 2,3,5. Ada yang nak gantung langsir,buat kuih, beli kuih, jual kuih macam-macam lah. Meriah sungguh raya kali ni rasanya, semuanya macam dah tak sabar nak sambut syawal.
Malam nie ada tazkirah di surau, ustaz (apa ke nama dia) bagitau apabila akhir ramadhan nabi sampai tinggalkan keluarga untuk beribadah, para sahabat dah ada yang menangis kesedihan meninggalkan ramadhan. Tersentuh hati ini, terasa kecil sangat usaha kalau nak dibandingkan dengan umat terdahulu. Sekali sekala mata menjeling sekeliling, khemah di luar dah jadi tempat letak kuih. Tak ada lagi kemeriahan 1 ramadhan. Kawasan surau yang ramai pun di dewan solat, itupun tak penuh, mana perginya orang ramai nie. Maybe dah balik kg. Agaknye surau kat kg. penuh la masa akhir ramadhan nie.
Terasa kesal dalam hati, masa 25 hari rasanya macam cepat sangat berlalu. Banyak masa terbuang begitu sahaja, ibadah yang ditambah dalam bulan ini tak memadai, terasa masih banyak yang kurang. Macam mana pulak nak kekalkan semua nie bulan akan datang? Wallahualam. Alangkah baiknya kalau boleh mula semula ramadhan ini.
Buka balik facebook…semuanya cerita raya, persiapan syawal..sambut hari raya, hari kemenangan, apa la yang saya menang ?...none.