Wednesday, August 24, 2011

Ramadhan 1432

Assalamualaikum
Salam ramadhan..
Malam ni dah masuk 25 ramadhan, dah hampir habis ramadhan tahun ini. Biasanya waktu sebegini dah selalu pasang lagu raya, dah mula jenguk jalan TAR. Tapi tahun ini rasa lain macam skit. Tak tahu kenapa tapi sehingga ke hari ini satu apa persiapan raya tak beli lagi. Nak kata tak berduit, dah dapat bonus (kerajaan bagi). Gaji pun dah masuk, tapi entah kenapa tak terasa pun macam nak beraya. Maybe dah tua kot. Buka facebook macam macam status kawan-kawan, ada yang cerita pasal kuih, ada yang cerita pasal baju raya sepasang 2,3,5. Ada yang nak gantung langsir,buat kuih, beli kuih, jual kuih macam-macam lah. Meriah sungguh raya kali ni rasanya, semuanya macam dah tak sabar nak sambut syawal.
Malam nie ada tazkirah di surau, ustaz (apa ke nama dia) bagitau apabila akhir ramadhan nabi sampai tinggalkan keluarga untuk beribadah, para sahabat dah ada yang menangis kesedihan meninggalkan ramadhan. Tersentuh hati ini, terasa kecil sangat usaha kalau nak dibandingkan dengan umat terdahulu. Sekali sekala mata menjeling sekeliling, khemah di luar dah jadi tempat letak kuih. Tak ada lagi kemeriahan 1 ramadhan. Kawasan surau yang ramai pun di dewan solat, itupun tak penuh, mana perginya orang ramai nie. Maybe dah balik kg. Agaknye surau kat kg. penuh la masa akhir ramadhan nie.
Terasa kesal dalam hati, masa 25 hari rasanya macam cepat sangat berlalu. Banyak masa terbuang begitu sahaja, ibadah yang ditambah dalam bulan ini tak memadai, terasa masih banyak yang kurang. Macam mana pulak nak kekalkan semua nie bulan akan datang? Wallahualam. Alangkah baiknya kalau boleh mula semula ramadhan ini.
Buka balik facebook…semuanya cerita raya, persiapan syawal..sambut hari raya, hari kemenangan, apa la yang saya menang ?...none.

Sunday, March 27, 2011

Atif and muhammad the series

Esoknya cadang nak buat out door shooting dengan ayahcik tapi tak jadi lak sebab diaorang nak pegi tgk nenek. Takpe la, so bawak atif dengan sparring partner dia Muhammad buat outdoor kat Kellie castle.
senyum la mad

buka tangan...senyum


lariiiiiiiii muhammad,  ayah suruh lariiii



Punyalah susuah nak suruh diaorang posing. Tapi bila diaorang dah seronok ok. Suruh lari bole , duduk boleh …jeling pun bleh…hahaha

nantikan siri seterusnya.........kalau pakngah rajin la upload..

Birthday atok

19 Mac juga adalah hari pertama atok jadi pesara sepenuh masa dan berpencen. So petang tu, lepas kenduri acik terus sambut birthday atok (belated la). Atok dapat kek, and nie semua perancangan nenek. hehe..atif??..tukang makan je..muhamaad pun dah langgar pantang hari tu...makan kekkkkk jommmm

makan atok, nenek suap tu

kek atok

Ayah cik kawin

Assalamualaikum..

Lama sungguh tak update blog nie. Sibuk sangat dengan macam-macam hal yang dating. Bulan mac nie atif banyak berjalan, sampai ke besut. Nak jemput wan cik baru, Ayah cik d dah kawin dengan orang besut, overall trip dekat 800km. Sampai Ipoh semua terus flat. Next week pulak kenduri di batu gajah pulak. Memang bulan nie busy sangat, persiapan kenduri, kemas rumah lagi alhamdulilah semua dah siap. Majlis pada 19 Mac 2011 dah berakhir, walaumacammanapun kenangan akan tetap dalam ingatan.
 

ayah cik yang sentiasa sengih hari tu. wan cik masih kontrol
sengih sekali lagi


dari kiri: Latip yang setia dan lapar, ayah cik yang sngih, wancik yang kontrol ayu, and em dapat straight A ek SPM...tahniah


Selamat Pengantin Baru

Tuesday, January 4, 2011

selamat tahun baru 2011

selamat tahun baru buat semua, insyallah kita semua akan jadi manusia yang lebih baik daripada tahun sebelumnya.

cuti akhir tahun

Lamanya tak update blog, akhir tahun ni macam2 pulak keje nak kena siapkan. Semua nak urgent, nak bawa atif bercuti pun tertangguh banyak kali. At last kami cuti gak itu pun minggu terakhir 2010. Lepas je game Malaysia vs Indonesia yang keputusannya kita menang 4 – 2. So untuk meraikan kejayaan tu kami bawa atif pegi hot spring kat sungkai, bkn tok ngan nenek je, tok alang sekeluarga pun pegi. Atif mandi jap kat air panas pastu pindah kat kolam air gunung

lepas masuk terus taknak keluar, walaupun dah terketar-ketar, bkn atif aje mama pun same je


Hot spring nie terletak di sungkai, bukan hanya ada kolam air panas dan air gunung, ada spa, hot spring refleksology, rendam kaki dalam air panas, rebus telur (mcm la takleh buat kat rumah). Any way tempat nie mmg tenang. Ada gak bilik and villa bagi yang nak bermalam. Tempat nie pun ada sejarah sebab pada fasa 1 dulu ayah ada terlibat buat masterplan dan juga beberapa bangunan fasiliti kat sini antaranya surau ngan laluan air panas. Seronok tgk projek dah siap walaupun hanya terlibat sewaktu design.
kolam air gunung, atif dan mama masih taknak kluar

kolam air panas, gambar diambil setelah dua-dua beranak keluar

lepas nie kita pegi lagi bawak to jame ngan opah noli plak ye..