Kali ini kami ceritakan akan asal nama puteri kami ini. Nur Awatif bt. Muzamir Izham. Seperti mana ibubapa yang lain memang pemilihan nama puteri kami telah melalui perubahan, penambahbaikan, pengubahsuaian dan lain-lain lagi. Nur yang bermaksud cahaya diambil sempena nama mamanya, biar banyak nur di rumah terang sikit. Awatif bermaksud kasih atau mengasihi kerana apabila kami telah mempunyai anak sendiri, barulah kami tahu sedalam mana kasih dan sayang ibubapa terhadap kami berdua. Banyak betul kesalahan kami terhadap keduanya. Kehadiran cahaya mata mengajar kami kesilapan lalu.
Ok...berbalik kepada nama ini, terdapat tiga nama asalnya, yang pertama nur..apetah quratulaini. Mama yang nak nama nie tapi ditolak kerana panjang sangat, takut susah nak isi borang OMR nnt. lepas tu yang kedua Nur shifa...cahaya penawar kalau tak salah. mama cakap macam sama dengan maksu dia pulak.Last sekali keluar la nama Nur A'aina Awatif. Nama ini seolah-olah serasi dengannya. Nenek Atif bagitau dia cadangkan nama Awatif kepaada kami semasa kami minta cadangan nama. Kami senyum sebab ada dalam pilihan nama kami, katanya sama nama dengan seorang anak kenalan di Mekah. Kami putuskan untuk simplekan nama anak kami kerana A'aina dan aina ada dua sebutan yang maksudnya berbeza. Bahasa arab lidah melayu, tau aja la. A'aina bermaksud mata, aina...mana. lagipun jabatan pendaftaran tak bagi letak tanda ' . yang peliknya, kami tak pernah terfikir cadangan nama untuk anak lelaki. kalau tak jenuh la nak fikir.anyway ada orang yang kata apa ada pada nama, bagi kami itulah doa kami kepada anak kami, harapan kami insyaallah puteri kami akan menjadi insan solehah sebaik namanya. Ya allah perkenankan permintaanku...Amin
Masih tercari-cari apa nama maksu awatif ???
ReplyDeleteMaksu???
ReplyDeleteshafa = syafaat
muyassarah = sahabat nabi
oooo nama maksu awatif, shafa ke ? kim salam kat maksu awatif yeeeee .....
ReplyDelete