23 mac 2012..... menjadi satu hari bersejarah dalam hidup kami sekeluarga, seorang ahli baru menyertai kami. Alhamdulillah, anak kedua kami selamat dilahirkan.Perempuan, tak apa lah yang penting ibu dan anak selamat dan sihat.Anak wilayah persekutuan juga, cuma bukan di putrajaya, HKL (Kuala Lumpur) Dua minggu sebelum anak kami lahir, adik iparku mendapat anak pertama mereka, a double joy for all of us. Sejurus kelahiran anak kedua kami, barulah terfiker, apa namanya? Sebelum ini kami telah ada beberapa cadangan walaubagaimanapun semuanya tidak semudah mendapatkan persetujuan bersama sebagaimana awatif. Hmm akhirnya kami sepakat menamakannya nur addina, tetapi selepas bertanya kepada ustaz yang mahir dengan bahasa dan nahu arab nama tersebut tidak member sebarang makna. Ianya tidak semudah yang kami sangkakan (asal addin= agama, jika ditambah addina=agama kami) tidak sebegitu rupanya. Tak apalah sekurang-kurangnya kami telah menjalankan perkara yang baik dengan merujuk kepada pihak yang pakar.Akhirnya setelah banyak pertimbangan maka dapatlah satu maksud yang baik untuk digunakan sepanjang hayatnya, cahaya keadilan (tidak terlibat dengan mana-mana parti politik) menjadi pilihan kami.Serentak itu juga nama blog ini ditukar kepada inspirasi nur, sempena nama kedua-duanya. Diharapkan kedua-dua kami kekal hingga ke akhir hayat dan dapat menjaga puteri kami sehingga menjadi muslimah sejati. Selamat datang........ Nur Adelia bt Muzamir Izham
No comments:
Post a Comment